Pelupa

Apakah perasaanku ini? Aku tak gembira pun macam yang mereka katakan. Bahkan aku semakin sedih. Apa ni? Exam dah habis la. Kenapa aku tak rasa seronok? Bukankah semua orang memang menantikan saat ini? Saat bebas daripada tanggungjawab belajar, dan masa untuk merehatkan minda buat seketika. Saat boleh berhenti stay up untuk study. Burning the midnight oil la katakan.

Apakah sekarang ini bebas boleh melakukan apa-apa sahaja? Ramai orang bila habis exam pergi berjalan-jalan, menonton wayang, bersiar-siar di tempat-tempat yang boleh menghiburkan hidup mereka. Ramai orang yang bila habis exam, stay up satu malam untuk main game atau menonton movies atau membuat perkara-perkara yang lagha. After all, they earned the right didn't they? Release stress selepas study all out. Release tension selepas tekanan exam. Sekarang ni payback time kan?

Inikah yang mereka katakan "merdeka"? Inikah yang semua orang nantikan? Kalau inilah yang mereka inginkan, aku lebih rela untuk kembali semula ke musim exam yang penuh dengan keinsafan. Aku tidak gila. Tetapi aku sedih dengan tingkah laku ramai orang di sekeliling aku. Mengapa mereka berbuat demikian? Tidakkah mereka tahu bahawa exam, kesempitan dan kesusahan itu merupakan ujian awalan sahaja? Tidakkah mereka tahu bahawa ujian boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk? Tidakkah mereka tahu bahawa kelapangan dan kesenangan itu juga merupakan suatu ujian bagi mereka?

Cuba kita berfikir sejenak, berapa ramai orang menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka pada musim exam? "Exam la, tak elok mencarut." Berapa ramai orang memanfaatkan seluruh masa dan tenaganya demi preparation exam? "Sorry, aku tak boleh follow, aku kena pergi library, kena study, ada paper besok." Berapa ramai orang meningkatkan amal ibadah mereka menjelang hari-hari sebelum exam? Berapa ramai orang yang jika dahulu asyik tinggal solat, sekarang cuba solat pada semua waktu? Berapa ramai orang yang sanggup berdoa sepanjang malam, solat hajat dan solat tahajud pada waktu-waktu sebelum peperiksaan?

Berapa ramai pula berhenti berbuat demikian kerana semua exam telah pun berlalu?

Kalau sebelum exam, ada yang mula rajin bangun pagi untuk solat subuh. Yang lagi baik, pergi berjemaah di masjid. Tetapi selepas exam, semua solat pun tertinggal kerana tertidur akibat main game semalaman. Kalau sebelum exam, ramai yang bertungkus lumus mengatur dan melakukan aktiviti harian demi menghargai masa untuk menelaah ilmu. Tetapi selepas exam, boleh lepak-lepak sambil membuat benda-benda yang tak berfaedah.

Ramai yang berusaha mendekatkan diri mereka dengan Allah sebelum exam semata-mata ingin dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan, bukan untuk mencari keredhaanNya. Kerana setelah exam berlepas, mereka tidak lagi hiraukan semua itu. Pada mereka, peperiksaan sudah selesai dan tiada lagi apa-apa yang perlu mereka lakukan untuk score atau pass. Ya, memang merupakan lumrah manusia untuk mengingati Allah pada waktu susah sahaja, dan melupakanNya ketika senang.

Namun, Allah tidak seperti itu. Dia tidak lupa, tidak lena dan tidak lalai. Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat. Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia sahaja yang mengetahui isi hati kita yang sebenar. Dan Dialah yang Maha Adil. Dia akan memberikan kita balasan yang setimpal untuk diri kita. Allah knows us better than we know ourselves. He is closer to us than our jugular veins! Results peperiksaan semua sudah ditentukan Allah, even before we sat for the exams itself. Allah akan memberikan ganjaran kepada mereka yang sabar dan istiqamah dalam ibadah yang mereka lakukan.

Aku luahkan perasaanku ini, bukan kerana ingin menuding jari kepada mana-mana pihak. Malah, aku mencoretkan di sini, agar pesanan ini menjadi peringatan buat diriku sendiri yang serba leka akan kehadiran Allah. Aku tulis dengan harapan agar sesiapa yang melihatku membuat perkara yang aku sendiri tidak suka, tolong ingatkan aku, kerana aku insan yang pelupa.

7 comments:

  1. Salam

    That is so undeniably true.... Itulah masalahnya apabila kita ber'iman' dengan dunia dan exam, bukannya ber'iman' dengan Allah. Maka segala amal dan perbuatan kita hanyalah mengejar dunia semata-mata, jauh sekali untuk akhirat yang kekal abadi.

    Lihat surah Yunus ayat 12 (10:12).. golongan sebegini digambarkan dalam al Quran sebagai kaum yang melampaui batas. Supaya kita sentiasa berwaspada dengan segala perangkap nafsu dan syaitan. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. salam ziarah

    post dlm BM :)
    jadi agak lah teruja untuk membaca

    Sy tengok movie jugak semalam, tapi not for celebrating my end of 2nd sem, want to be together with friends (yeay): "turun padang"

    suadara di atas,
    ayat "bukannya beriman dengan Allah" bahaya tue..
    selagi tak dizahirkan bahawa "x beriman dengan Allah",(ie pengakuan secara lisan dan seumpamanya) maka we are no one to judge:)

    wassalam..nice pengisian Lutfi :)

    ReplyDelete
  3. Saudari di atas

    I'm not judging anyone either..
    Lihat Surah Al Hujurat ayat 14-15 (49:14-15)

    Tu Allah yang cakap dalam ayat 14, bukan saya yang cakap... Apabila dikata beriman, Allah cakap kita baru Muslim, belum mukmin.. kriteria mukmin ada dalam ayat 15.....

    Cukupkah kriteria semua tu ada dalam diri kita? Kalau tak cukup, maka betullah kita belum beriman lagi kan ;) it's just a food for thought anyway and of course beriman, tak beriman tu urusan Allah.. and i'm not directing this to anyone either.. dan saya tak kata orang yang berlagha tu tak beriman... sebab tu saya guna 'iman' (ada kurungan) sebab saya ambil maksud literalnya sahaja...

    Saya sekadar berkongsi ayat2 Allah untuk kita sama-sama fikir dan tadabbur... of course ditujukan khas buat saya sendiri..

    Maaflah jika sesiapa terasa, tiada niat untuk judge sesiapa, hanya sekadar memperingatkan sahaja

    Al Insanul Faqir Ilallah

    ReplyDelete
  4. Brother Imran and Sister Farhana, I thank you both very much for your generous insights. I still have much to learn.

    Jazakallah Imran, kerana memberi banyak pengajaran dan penghayatan bersumberkan Al-Quran. All the best for your exams, bittaufiq wannajah fi kulli imtihan!

    Shukran Hana, kerana mengingatkan saya ttg kepentingan kebersamaan dalam Islam. Saya tidak langsung mengatakan awak atau siapa-siapa di Palmy.

    Saya akhiri dengan doa, Allahumma inna nasaluka 'ilman nafi'a wa na'uthubika min 'ilmin la yanfa'.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Alhamdulillah, terima kasih dengan perkongsoan post yang menarik nie lutfi. Insyallah, semoga kita tergolong di kalangan orang yang tak melampaui batas.

    p/s: Jumpa kat chch Insyallah.

    ReplyDelete
  6. i know this sounds cliche
    but i'll say it anyway.

    this post is good.

    enough said.

    Jazakallah Khair. .

    ReplyDelete
  7. adeh, nie first time ak lawat blog ko lutfi, n ngam2 plak ak br jer abes exam ptg td(~~)... thnx for d reminder... manusia nie mmg cpt alpha kan... anyway, hope ak x wat bende lagha sgt la time cuti nie wlupun ada diselangi dota bersama2 housmeate

    ReplyDelete